Berbual dengan seorang yang berpengetahuan luas ni menyeronokkan?
Tapi susah nak jumpa seseorang yang bijaksana
tanpa merendahkan individu lain
tanpa mendabik dada
tanpa cuba sekeras mungkin untuk tunjuk
yang dia terpaling pintar disatu ruang.
Adakah silap aku kerna bodoh?
Atau sifat semulajadi engkau memandang semua tidak akan melebihi keupayaan kau?
Atau aku yang awal bersangka baik sedang kau tidak seperti tanggapanku?
Tapi suasana akan berputar 360 darjah
Jika berbual dengan seorang yang didalam buih kehidupannya sendiri
Dia tidak kisah apa yang terjadi di luar
Perang? Ekonomi merudum? Pandemik?
"Terpulanglah, aku baik baik sahaja"
Semangat kau memang tulus diseru dari 7 lapisan tanah.
Kejujuran yang ikhlas kau tunjukkan
Dari kau, untuk kau
Tanpa sedikit goyang dari realiti terancam dunia sebenar.
Ajar aku.